Monday, April 11, 2016

Buasir

Buasir Dan Cara Mengatasinya

Buasir kini tidak mengenal golongan tua mahupun muda. Ada juga remaja sudah mendapat penyakit buasir akibat daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat di zaman moden ini. Anak-anak sudah sibuk dengan permainan video game hingga sanggup menahan lapar dan manahan rasa untuk membuang najis juga. Golongan dewasa pula terlalu sibuk dengan kerjaya dan wang hingga terlupa hendak menjaga diri sendiri. Sayangilah diri anda sebelum anda mula menyayangi orang lain.

APA ITU BUASIR? 
( sumber : Wikipedia)

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


buasir



JENIS - JENIS BUASIR.



1. Buasir dalaman




  • Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. 
  • Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. 
  • Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


2. Buasir luaran


  • Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. 
  • Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. 
  • Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. 
  • Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. 
  • Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Buasir terbahagi kepada 4 tahap yang berbeza yang menggambarkan keseriusan buasir tersebut :-

  1. Tahap 1  = Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
  2. Tahap 2 = Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).
  3. Tahap 3 = Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
  4. Tahap 4 = Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
     PENYEBAB UTAMA BUASIR.

      • Sentiasa duduk
      • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
      • Cirit-birit yang keterlaluan / kronik
      • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
      • Batuk yang teruk dan berpanjangan
      • Mengandung atau Bersalin
      • Mengangkat berat
      • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
      • Faktor umur
      • Faktor keturunan
      • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
      • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir? 
 ( sumber : BabyCenter.com )


Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor. 

TANDA-TANDA DAN GEJALA-GEJALA BUASIR.

  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. 
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
PENCEGAHAN MASALAH BUASIR


Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir.  "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"

  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. 
  • Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas.
  • Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. 
  • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. 
  • Pastikan najis anda sentiasa lembut.
  • Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
  • Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
  • Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
  • Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya, najis akan kering dan susah diproses dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
  • Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
  • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. 
Sembelit adalah puncanya yang mana merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
 =================================================================================
 RAWATAN BUASIR DENGAN PRODUK FOREVER LIVING
 
Gunakan Aloe Vera Gel khusus untuk membantu membersih dan memelihara usus. Ia juga membantu menyembuhkan luka yang boleh menyebabkan kanser.
Ia merupakan tumbuhan yang kaya dengan serat, 18 asid amino, 200 sebatian nutrien untuk badan serta kaya dengan sumber mineral yang menjadikan ia bersifat alkali dan memberikan tenaga. 
Kuasa pembersihan daripada saponin yang bertindak sebagai pencuci semulajadi membuatkan ia bertindak cepat meresap kesan daripada kewujudan lignin.
Kesan daripada aloe vera membuatkan najis mudah menjadi lembut memudahkan ia dibuang tanpa melukakan lubang dubur. ia juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan bengkak lubang dubur

 
Pengambilan Artic Sea yang dihasilkan daripada campuran minyak ikan Omega 3 dan minyak zaitun Omega 9 membantu melicinkan proses pembuangan air besar dan mempercepatkan pengecutan bengkak buasir. 
Minyak zaitun berfungsi mempercepatkan proses penyembuhan akibat bengkak dan luka akibat buasir.
Selain daripada itu, Arctic sea berfungsi untuk meningkatkan kecerdasan otak serta meningkatkan daya tumpuan terutama kepada anak yang mengalama autisme, lemah pembelajaran serta hyperaktif.
Ia juga baik untuk kulit dan memecahkan kolestrol merbahaya LDL bagi memelihara jantung dan sistem peredaran darah. 
Minyak zaitun Omega 9 juga membantu untuk merengsakan masalah artritis dan gout.




 Berminat menjadi pengedar atau usahawan berjaya?
 Hubungi kami 
018572429 (whatsapp)

  0124351305 (Maslina)
0135132429 (Hasanudin)




Let's Follow Me