Resepi

 
KEK COKLAT KUKUS 
Kek coklat yang senang banget, just kacau2 pun jadi, tak payah guna mixer pun, nak bakar boleh, nak kukus pun boleh, cuba la, makan panas2, perrrrggghhhhhh.............warna memang golap, tapi hitam tu menawan.....hahahahaha.....

Ni bahan-bahannya.....
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak


Panaskan kukusan, ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.
Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan senduk saja hingga semua sebati, tuang dalam loyang yang dialas dan dilengser dengan butter, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji kek keluar bersih.
Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dengan air panas. actually waktu kukusan bergantung kepada saiz loyang

No comments:

Post a Comment

Let's Follow Me