Saturday, June 29, 2019

Petua Bersihkan Usus

Petua bersihkan usus secara sihat
Pastikan anda mengambil cukup serat dalam diet harian yang mana merupakan cara paling selamat dan berkesan untuk membersihkan usus. Lelaki dewasa memerlukan 30 hingga 38 gram serat setiap hari. Serat terdapat dalam gandum, biji-bijian, buah-buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang-kacangan. Meningkatkan pengambilan serat secara berperingkat untuk badan menyesuaikan diri dengan makanan serat tinggi.

1. Minum Air

Air memberi banyak manfaat kepada badan kita. Ia membantu mencegah dehidrasi, melancarkan sendi, mencuci racun atau toksik dan membantu pencernaan yang bermanfaat bagi usus besar. Seorang lelaki memerlukan 3.7 liter sehari mengikut purata orang biasa.

2. Elakkan Lemak Tinggi


Diet tinggi lemak tepu boleh meningkatkan risiko kanser usus besar. Elakkan makanan seperti makanan segera, kurangkan daging merah, semua produk susu lemak dan apa saja dimasak atau disiapkan dalam minyak sawit dan kelapa.

3. Tingkatkan Pengambilan Serat


Serat adalah zat bermanfaat yang tidak dapat diuraikan oleh badan. Ini membantu toksin dan kotoran keluar daripada usus besar. Ia juga dapat mengurangkan kemungkinan sembelit kerana mempercepatkan masa transit produk buangan. Serat boleh didapati daripada makanan semulajadi.

4. Bersenam


Bersenam banyak manfaat pada badan. Bersenam dapat membantu anda menjaga bera badan, meningkatkan peredaran dan boleh meningkatkan fungsi usus.

5. Amal Beberapa Tumbuhan




Beberapa tumbuhan dapat diamalkan untuk membersihkan usus besar, membunuh parasit dan meningkatkan fungsinya. Antaranya seperti psyilium husks, aloe vera, biji jintan, uva ursi, walnut hitam dan akar kunyit.

6. Berpuasa

Berpuasa juga membantu membersihkan kolon. Dengan mengambil minuman seperti air lemon, herbal, air buah, air sayuran. Lakukan untuk tiga hingga sepuluh hari. Ketika toksin mula dibebaskan, anda akan merasa sakit kepala, rasa lemah tidak bermaya dan kesan-kesan sampingan yang lain. Kesan ini hanya sementara, apa yang kita panggil ‘healing crisis‘.
ALOE VERA adalah tumbuhan yg terkenal untuk membantu kita mencuci usus..Oleh ITU,jika anda nak jus aloe Vera Foreverliving adalah terbaik.
Boleh contact saya utk dapatkn 1 liter jus aloe Vera sihat ini...moga kita dapat memperbaiki kesihatan badan luaran dan dalaman.
Hubungi:
Pn.Maslina (0124351304) Agen Aloe Vera Foreverliving Manjung Perak Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Let's Follow Me