AWASI LAPAN TANDA BADAN ANDA BANYAK TOKSIN
TANDA 1 |
TANDA 2 |
TANDA 3 |
TANDA 4 |
TANDA 5 |
TANDA 6 |
TANDA 7 |
TANDA 8
Anda sudah mengetahui, bahawa terdapat 8 tanda usus ada banyak toksin. Jadi, sekarang ingin mengetahui fungsi usus dan cara untuk detoks usus cara selamat?
Usus adalah antara organ yang sangat penting dalam badan kita kerana
usus berfungsi:
1) untuk mencernakan makanan yang kita makan,
2) menyerap nutrien dan membekalkan nutrisi kepada badan kita.
Gambar 1: Gambaran Usus Manusia
Jika usus tercemar dengan toksin, kita mudah untuk dijangkiti
penyakit kerana tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk
meningkatkan tahap imunisasi badan. Toksin dalam badan terhasil daripada
makanan yang tidak sihat (contohnya seperti makanan segera "fast food", makanan berminyak , dll),
air & udara yang tercemar, racun yang disembur pada sayur, dll. Jadi kita
wajib menjaga usus kita agar bersih daripada toksin supaya usus dapat berfungsi
dengan baik.
Cara yang paling efektif untuk menjaga/mencuci usus adalah melalui
proses detoks/penyaktoksik. Ada banyak
produk di pasaran yang mendakwa produk-produk mereka mampu untuk membuang
toksin dalam badan. Tetapi, bagaimana kita sebagai pengguna perlu tahu samaada produk-produk
ini betul-betul berkesan bagi membuang toksin dalam badan kita? Apakah
kandungan bahan yang terdapat dalam produk-produk detoks yang mampu melakukan
proses pembersihan usus ini secara efektif dan berkesan? Jawapannya adalah
bahan yang dinamakan SAPONINS di mana ia boleh didapati di dalam tumbuhan Aloe
Vera.
Apa itu SAPONINS?
Bagi yang nak tahu, Saponins ini adalah buih semulajadi yang wujud
dalam Aloe Vera. Hanya buih sahaja yang mempunyai kesan pembersihan yang sangat
tinggi. Hari ini, tiada di kalangan kita yang basuh baju guna air paip, mesti
nak guna sabun sebab sabun ada buih. Sebab ape? Sebab buih merupakan agen
pembersihan yang berkesan. Nak cuci/detoks usus juga kena la guna bahan yang
ada buih dan Allah SWT telah menjadikan Aloe Vera sebagai salah satu tumbuhan yang
mempunyai Saponins yang merupakan buih semulajadi yang mampu detoks usus kita
dengan sangat efektif.
Merujuk pada gambar keratan rentas usus diatas (Gambar 2), saluran
usus kita mempunyai bentuk seperti liang-liang bulu yang
sangat kecil dan
sangat rapat (bayangkan bulu-bula yang ada pada tuala mandi ataupun anda
boleh membayangkan babat lembu/perut lembu bagi mereka yang menggemari
memakannya) yang terjuntai di
sekeliling inner diameter usus. Usus kita berbentuk seperti ini adalah bagi
mempunyai luas permukaan yang tinggi bagi mempertingkatkan penyerapan nutrien
dalam badan kita. Jadi, makanan-makanan yang tidak diurai/dicernakan dengan
baik akan melekat, mendap dan menyumbatkan liang-liang bulu usus ini (Gambar 3).
Gambar 3: Toksin yang mendap di celah-celah liang bulu
Toksin-toksin yang telah mampat dan tersumbat dicelah liang-liang bulu
ini hanya mampu diuraikan oleh molekul cecair yang sangat kecil dan mempunyai
keupayaan untuk menyerap yang sangat tinggi. Oleh kerana molekul air (air yang
biasa kita minum seharian) tersangat lah besar untuk masuk ke celah liang-liang
bulu ini, maka air kosong/suam yang kita minum tak mampu untuk melarutkan dan
memecahkan toksin-toksin yang terkumpul ini. Semakin lama ia terkumpul, semakin
mampat toksin-toksin ini menutupi liang-liang bulu usus ini (Gambar 4) dan
lama-kelamaan apabila mendapan ini telah padat maka toksin ini susah untuk
dibersihkan, menyebabkan usus tak dapat mencernakan makanan dan menyerap
nutrien dengan baik. Akibatnya sistem imun badan semakin lemah dan sistem badan
amat mudah diserang penyakit.
Gambar 4: Toksin yang tersumbat dan menutupi liang-liang bulu usus
Di sinilah mineral Saponins berperanan. Saponins merupakan buih semulajadi
yang mempunyai molekul yang sangat kecil (lebih kecil daripada molekul air) dan
sangat banyak yang mampu menembusi di celahan liang-liang bulu usus. Saponins
akan menembus, memecahkan dan menguraikan toksin-toksin yang terkumpul mampat
(Gambar 5).
Gambar 5: Saponins menguraikan toksin-toksin yang telah padat
Setelah toksin diuraikan, toksin-toksin ini akan dikeluarkan dari
liang-liang bulu usus ini dan kemudiannya akan di "flash-out" oleh air yang kita
minum (sebagai agen flushing) melalui sistem perkumuhan badan (Gambar 6).
Gambar 6: Toksin yang telah terurai akan dinyahtoksin melalui sistem perkumuhan
Sebab itu pentingnya untuk kita
amalkan minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi membuang toksin-toksin
yang telah diuraikan. Jika tidak, toksin ini berkemungkinan masih lagi
berkumpul dalam usus kita atau mengambil masa yang lama untuk di buang dari
badan kita. Detoks yang efektif akan memberi kesan positif dimana pembuangan
najis akan menjadi lancar (tidak sembelit) dan badan akan lebih cergas apabila
bangun daripada tidur.
Apa istimewanya Aloe Vera Gel Forever Living
ni?
Okay ni saya nak story sikit. Aloe Vera Gel Forever Living merupakan
pati Aloe Vera yang tulen. Forever Living merupakan syarikat pertama yang
mendapat pengiktirafan cop mohor daripada IASC (International Aloe Science
Committee) yang mengesahkan bahawa Aloe Vera Gel ini mempunyai kandungan Aloe
Vera sebanyak 99.9%. Jadi nutrien Saponins ini memang terkandung di dalam botol
Aloe Vera Gel Forever Living. Oleh itu pastikan sebelum kita membeli
produk-produk yang mendakwa boleh detoks bagai, kita study sikit dulu pasal produk
tersebut agar kita tidak tertipu dengan ayat-ayat manis yang dipromosikan. Akhir
kata, jadilah pengguna yang bijak...Nak sihat, ikutlah nasihat ye.
Aloe Vera Gel
Sebotol Aloe Vera Gel mengandungi isipadu sebanyak 1
liter. Harga pasaran untuk sebotol Aloe Vera Gel adalah RM95.40 sahaja.
Harga diskaun ? Kena tanya pengedar Forever Living.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk ini, anda boleh berhubung dengan saya :
Hubungi saya sekarang!!
Ingin dapatkan aloevera anda dengan harga ahli? Haa..kenalah daftar ahli dulu...
Jangan buang masa yer..hubungi sekarang.
Maslina bt Junid: 0194277708
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Maslina Junid
✐ Blog: www.massya77.blogspot.com
✉ Email: mas_sya77@yahoo.comCOD AREA: Manjung, Sitiawan, Lumut, Lekir, Ayer Tawar Perak Malaysia Berminat nak jana income dengan FOREVERLIVING? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama FOREVERLIVING. Hubungi saya ; 0194277708 |
No comments:
Post a Comment